25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

74 notis guna lampu strobe, beacon light

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengeluarkan 74 notis melibatkan kesalahan pemasangan lampu strobe light dan beacon light secara aksesori sepanjang minggu ini.

Pengarahnya, Datuk Khairul Khar Yahya berkata, ini hasil pemeriksaan terhadap 124 buah kenderaan persendiran dan perdagangan yang dijalankan di seluruh negeri menerusi Ops Strobe Light dan Beacon Light.

Menurutnya, penggunaan kedua-dua aksesori itu boleh memberikan amaran yang salah kepada pengguna jalan raya lain.

“Selain itu, ia juga boleh mengganggu penglihatan dan tumpuan seterusnya menimbulkan bahaya.

“Berdasarkan Kaedah 9, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 195, hanya kenderaan dalam tugas kecemasan seperti kenderaan ambulans, bomba, kastam, polis, penjara dan JPJ sahaja dibenarkan menggunakan lampu tersebut.

Advertisements

“Orang ramai terutama pengguna jalan raya tidak senang dengan isu penyalahgunaan strobe light dan beacon light bagi tujuan peribadi iaitu dengan menyalakan lampu berkenaan ketika jalan sesak bagi membolehkan kenderaan mereka mendapat ruang keistimewaan,” katanya, lapor Kosmo!.

Khairul Khar turut memaklumkan pihaknya juga telah mengambil tindakan dengan pengeluaran notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) kepada mereka yang menggunakan kedua-dua lampu aksesori tersebut.

Ujarnya, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan tidak melebihi RM250 atau boleh didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 119(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

“Pemilik kenderaan diberi masa selama sepuluh hari untuk hadir pemeriksaan di mana-mana JPJ berdekatan bagi memastikan kenderaan tersebut telah dibuat tindakan pembetulan dengan menukar semula kepada lampu asal,” jelasnya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan