27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

42 lagi Tabika dan Taska KEMAS dibina di seluruh negara

Sebanyak RM21.9 juta diperuntukkan bagi pembinaan 42 buah Tadika dan lima buah Taska KEMAS di seluruh negara.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina 42 lagi Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) KEMAS di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri 1 Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, bagi tujuan itu, sebanyak RM21.9 juta diperuntukkan bagi pembinaan 42 buah Tadika dan lima buah Taska KEMAS di seluruh negara.

“KPLB memahami hasrat Keluarga Malaysia yang mahukan supaya Tabika dan Taska KEMAS diwujudkan dengan lebih banyak bagi menampung permintaan yang amat tinggi setiap tahun khususnya di kawasan pinggir bandar dan bandar-bandar.

“Pembinaan premis Tabika dan Taska yang baharu ini sekaligus dapat memastikan kanak-kanak berusia seawal usia dua hingga enam tahun mendapat pendidikan awal yang berkualiti khususnya menerusi perkhidmatan yang disediakan oleh pihak KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Penyampaian Sijil Kursus Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada bakal Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska KEMAS di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Para peserta kursus pendidikan awal kanak-kanak KEMAS di Alor Gajah, Melaka.

Abdul Rahman berkata, KEMAS juga bersedia untuk melatih lebih ramai warga pendidik dalam memastikan kualiti pendidikan untuk kanak-kanak menepati piawaian yang ditetapkan.

Kata beliau, ini sekaligus menjadikan KEMAS sebagai jenama yang paling dipercayai oleh Reader’s Digest menerusi Anugerah Emas yang diterima dalam kategori Pendidikan Awal Kanak-Kanak baru-baru ini sekali gus mengulangi kejayaan tahun 2017 dan 2020 lalu.

Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan kerjasama yang sangat baik untuk membenarkan pihaknya mendirikan bangunan Tabika dan Taska KEMAS di kawasan yang telah dikenal pasti untuk dibangunkan.

“Dengan pertambahan bilangan kelas Tabika dan Taska KEMAS, kita juga perlu menyediakan tenaga pengajar yang terlatih untuk mendidik
kanak-kanak.

“Mereka ini telah diberikan segala ilmu berkaitan pendidikan awal kanak-kanak selama menjalani latihan tiha bulan lalu.

“Kita yakin dan percaya bakal Pendidik Masyarakat ini mampu untuk mengendalikan pengajaran dan pembelajaran dengan baik setelah mereka ditempatkan di lokasi yang ditetapkan untuk mendidik anak-anak,” katanya.

Beliau berkata, sejak mula dilaksanakan pada 2009 sehingga kini, seramai 7,043 orang Pendidik Masyarakat Tabika dan Taska KEMAS mengikuti kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAK).

“Kita mahu supaya dengan adanya premis yang berkualiti, pendidik masyarakat yang berkualiti akan melahirkan generasi masa depan yang
juga berkualiti serta dapat mengekalkan pencapaian terbaik yang di terima oleh pihak KEMAS”, ujar beliau lagi. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan