24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

20 bekas pelajar MRSM Merbok didakwa pukul rakan

Semua mereka terdiri daripada 10 bekas pelajar Tingkatan Lima dan 10 bekas pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama sekolah berkenaan sebelum ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 20 bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Merbok, Kedah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini atas pertuduhan mencederakan dan memukul seorang pelajar dua tahun lalu.

Semua mereka terdiri daripada 10 bekas pelajar Tingkatan Lima dan 10 bekas pelajar Tingkatan Empat yang tinggal di asrama sekolah berkenaan sebelum ini.

Dalam kejadian pada 27 Oktober 2020 itu, seorang pelajar Tingkatan Empat menjadi mangsa apabila dipukul 20 pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakannya mengarahkan mereka mengosongkan padang selepas waktu riadah petang.

Mangsa yang ketika itu memegang jawatan Presiden Badan Dakwah dan Rohani pada mulanya dipukul sekumpulan 10 pelajar Tingkatan Lima pada jam 12.30 tengah malam selepas dia diajak turun ke bawah asrama oleh seorang rakan yang mendakwa pelajar senior mahu bertemu dengannya.

Pada jam 2 pagi pula, mangsa didatangi pelajar lain yang mengajaknya ke bilik sebelah untuk menyelesaikan masalah sebelum dipukul bergilir-gilir di perut, belakang badan, peha dan kaki oleh 10 pelajar Tingkatan Empat.

Advertisements

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, semua 20 pelajar berkenaan didakwa hari ini mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, petugas media diarahkan keluar dari kamar mahkamah oleh majistret selepas peguam tertuduh membuat permohonan meminta media tidak membuat liputan kes berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan