24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Walaupun berada di perantauan jangan lupa asal usul – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihatkan seluruh Keluarga Malaysia khususnya yang berada di perantauan untuk tidak sesekali melupakan asal usul mereka.

Beliau berkongsikan nasihat berkenaan dalam satu hantaran di Facebook yang turut memaparkan video sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi 300 orang Keluarga Malaysia yang menetap di London.

“Seronok dapat bertemu mereka, Keluarga Malaysia yang berada di perantauan… Meluangkan masa kira-kira tiga jam bersama-sama 300 orang Keluarga Malaysia yang menetap di London semasa majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Juadah yang disediakan seenak makanan di Malaysia, menghilang rasa rindu mereka terhadap kampung halaman,” katanya hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, kehadiran mereka amat mengujakan dan beliau bangga melihat hubungan erat antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama bukan sahaja di kalangan penuntut, pekerja Malaysia tetapi juga dalam kalangan Keluarga Malaysia di kota ini.

Advertisements

Menurutnya, semangat Keluarga Malaysia bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara dan beliau bangga dengan apa yang dilihat di London.

“Inilah sebenarnya impian saya untuk melihat rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar yang kita panggil keluarga Malaysia.

“Walaupun berada di perantauan, jangan lupa asal usul kita dan semoga hari raya ini dimanfaatkan sebaiknya oleh seluruh Keluarga Malaysia,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan