Thursday, June 4, 2026

Janin bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam mangkuk tandas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JANIN bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.

“Janin itu dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.- Bernama

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan