28.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tidak perlu pertikai ijazah kehormat diterima PM – MQA

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

STATUS Nihon University yang menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak perlu dipertikai kerana institusi itu merupakan universiti terkemuka di Jepun.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam satu kenyataan menjelaskan ijazah kehormat tersebut mempunyai nilai tersendiri yang dianugerahkan oleh universiti termasuk universiti terkemuka di dunia seperti di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Australia dan negara maju lain.

Menurut kenyataan itu lagi, dari segi amalan, ia merupakan penganugerahan berprestij kepada seseorang tokoh terpilih atas sumbangan besar dalam bidang tertentu, misalnya ahli akademik, pakar industri, aktivitis masyarakat serta pemimpin negara termasuk dari Malaysia.

“Perdana Menteri menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan daripada Nihon University sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangannya dalam memerangi pandemik COVID-19, baru-baru ini.

“MQA melaksanakan proses pengesahan pengiktirafan kelayakan luar negara berasaskan status pengiktirafan negara asal bagi kelayakan yang tidak tersenarai dalam sistem kami,” katanya hari ini.

Tambah kenyataan itu lagi, perkara tersebut seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling MQA Bil. 6/2019: Mekanisme Baharu Pengiktirafan Kelayakan Luar Negara yang boleh diakses pada pautan https://www.mqa.gov.my/pv4/recognition.cfm

Perdana Menteri 24 Mei lalu menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, yang juga antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.

Ismail Sabri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kato di universiti berkenaan di bandar raya Itabashi, satu daripada pusat bandar yang terletak dalam metropolis Tokyo, ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.

Menurut Perdana Menteri, anugerah berkenaan bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik COVID-19.

Beliau berkata, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik COVID-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.

-Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan