24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Syabu RM1.4 juta dirampas, warga Ukraine antara ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS berjaya membongkar kegiatan sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang yang dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu dalam serbuan di bangunan kedai di Batu 11, Cheras, Selangor pada 24 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, pihaknya menjalankan serbuan di lokasi berkenaan kira-kira pukul 6 petang.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan seorang lelaki warga Ukraine dan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 44 tahun yang sedang leka mengangkat kotak.

“Kami turut menemui satu kotak bungkusan teh cina serta plastik lut sinar mengandungi syabu seberat 39 kilogram dianggarkan bernilai RM1.4 juta yang diletakkan di dalam sebuah kereta Perodua Bezza.

“Kami turut menyita tiga kereta iaitu Mercedes Benz, Toyota Vios serta Perdua Bezza; wang tunai berjumlah RM20,380; wang tunai 35,000 baht atau RM4,503 dan beberapa barang kemas bernilai RM109,200 menjadikan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM389,083,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Selangor, hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Advertisements

Tambah Ahmad Jefferi lagi, siasatan awal mendapati bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum diedarkan kepada pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Lembah Klang.

“Semakan dilakukan mendapati pasport milik individu warga Ukraine berkenaan adalah sah. Dia sudah dua kali datang ke Malaysia iaitu pada April lalu sebelum keluar ke Thailand dan datang semula awal bulan lalu (Mei).

“Hasil ujian saringan dilakukan mendapati dua daripada empat suspek berkenaan positif dadah dan dua daripada mereka juga mempunyai rekod kesalahan kes dadah serta jenayah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada saki baki sindiket ini yang masih bebas dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

“Semua suspek direman selama tujuh hari bermula 25 Mei lalu hingga esok dan permohonan untuk melanjutkan reman akan dilakukan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan