25.7 C
Kuala Lumpur
Monday, October 3, 2022

Perkhidmatan LRT Kelana Jaya alami masalah lagi

Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SELEPAS mengalami gangguan pada Jumaat lepas yang dikatakan akibat masalah teknikal, perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sekali lagi berdepan masalah hari ini.

Dalam satu kenyataan media, Rapid Rail memaklumkan gangguan sementara pada pagi Selasa disebabkan masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti.

Kenyataan itu memaklumkan, bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

Bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi; sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

“Bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi,” menurut satu kenyataan tersebut, lapor Astro Awani.

Baca juga:   Israel 'koyak' diserang 'tentera bawang' dari Malaysia

Dalam kenyataan tersebut, Rapid Rail memaklumkan siasatan awal mendapati insiden ini berlaku akibat circuit breaker terputus menyebabkan bekalan elektrik terhenti dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

“Sehubungan dengan itu, Rapid Rail memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja pada masa itu,” katanya lagi.

Rapid Rail juga memaklumkan akan terus meningkatkan lagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan aset-aset kami untuk memastikan perkhidmatan yang sebaik mungkin untuk pelanggan.

Ketika gangguan pada Jumaat lalu, keadaan di beberapa stesen LRT yang sesak susulan gangguan perkhidmatan tersebut.

Baca juga:   Pas menjelang PRU-15: Satu pengenalan

Pengguna perkhidmatan tersebut mengalami masalah gangguan kemudahan susulan masalah teknikal yang dihadapi di Stesen KL Sentral menyebabkan laluan Kelana Jaya berdepan kelewatan operasi.

Wartawan

Terkini

Kerajaan pandang serius isu keciciran pendidikan Orang Asli

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memandang serius isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar Orang Asli yang mencatat lebih 10 peratus. Menterinya,...

Lagi Artikel Berkaitan