26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 19, 2025

Rohingya: 22 disaman tunggang motosikal diubahsuai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ETNIK Rohingya dikesan melakukan kesalahan lagi apabila seramai 22 individu dari etnik berkenaan didapati menunggang motosikal yang diubahsuai di sekitar Bandar Raya Johor Bahru.

Difahamkan motosikal yang diubahsuai itu adalah bagi membawa barang lusuh ditahan dalam Operasi Khas Motosikal Roda Tiga, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, sebanyak 54 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal terbabit bagi pelbagai kesalahan.

“Sepanjang operasi berkenaan, polis berjaya menahan sebanyak 22 motosikal roda tiga yang diubahsuai dan ditunggang oleh warga asing etnik Rohingya.

“Ketika pemantauan dibuat, mendapati penunggang motosikal ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula dan menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Advertisements

Rupiah berkata, dalam operasi terbabit, 22 saman dikeluarkan mengikut seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu dan 10 saman dikeluarkan mengikut seksyen 90 Akta yang sama kerana tiada perlindungan insurans kenderaan.

Beliau berkata, sebanyak 22 saman dikeluarkan mengikut peraturan 34 LN 170/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana ubahsuai struktur kenderaan.

“Kesemua 22 motosikal roda tiga yang ditahan itu turut disita di bawah Seksyen 64 Akta yang sama.

“Polis menasihati orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya demi memastikan keselamatan semua pengguna dan mengelakkan sebarang risiko kemalangan yang boleh meragut nyawa,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

KJTS, iHandal perkukuh pengurusan tenaga bersepadu

KJTS Group Berhad (KJTS), memeterai perjanjian usahasama dengan iHandal Holdings Sdn Bhd (iHandal) untuk meningkatkan kedudukan KJTS dan anak...

Lagi Artikel Berkaitan