25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

‘Aircond’ dicadangkan sebagai hantaran kahwin

Ini berikutan cuaca di Malaysia semakin panas.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LUCU, tetapi ada benarnya..

Kini tular saranan untuk menjadikan penghawa dingin sebagai hantaran kahwin disebabkan keadaan cuaca di Malaysia semakin panas.

Menerusi perkongsian di laman Twitter milik Ikar, dia berkata, cadangan tersebut adalah bagi mengatasi senario berkenaan dan juga mengurangkan tekanan hidup berumahtangga.

Menurutnya, daripada mengeluarkan bajet yang besar untuk majlis, adalah lebih baik digunakan untuk mendapatkan kelengkapan rumah terutamanya buat pasangan yang menetap di bandar.

“Cuaca di Malaysia semakin panas, kena wajibkan hantaran ‘aircond’ (penghawa dingin) semasa kahwin. Nanti baru kurang tekanan hidup,” ciapnya baru-baru ini.

Susulan daripada itu, hantaran terbabit berjaya meraih pelbagai reaksi dengan 12,800 tanda suka dan 434 komen.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan cadangan berkenaan serta mengakui keadaan cuaca yang semakin panas.

Baca juga:   VTL darat berkuat kuasa mulai 20 Disember ini

“Saya setuju, walaupun rumah saya dikelilingi pokok hutan, tetapi tetap panas. Pemanasan global betul-betul terasa kerana dulu tidaklah panas seperti sekarang ini,” luah Han.

“Jika tidak mampu beli seorang, boleh juga buat kutipan bersama raka-rakan yang lain. Kira menyumbang kepada kesejahteraan rumahtangga pengantin,” kata Wan.

Bagaimanapun, seorang pengguna dikenali sebagai Haz menasihatkan agar individu yang menggunakan penghawa dingin perlu mempunyai kewangan yang stabil.

“Siapkan duit bayar bil eletrik sebanyak RM200 sebulan. Walaupun pakai ‘aircond’ (penghawa dingin) jimat elektrik, namun apabila ditambah bersama penggunaan alat lain tetap akan menjadi mahal,” ujarnya.-Edisi 9

Baca juga:   Gelombang kedua Covid-19 landa Sarawak

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan