25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Op Selamat 18: 141 kematian direkodkan sepanjang lapan hari

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 135 kemalangan maut membabitkan 141 kematian direkodkan di seluruh negara dalam tempoh lapan hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, sepanjang tempoh yang sama juga sebanyak 12,985 kemalangan dilaporkan berlaku.

Menurut beliau, statistik kemalangan Op Selamat 18 meningkat berbanding Op Selamat 15 pada 2019 mencatatkan 12,500 kemalangan membabitkan 128 kemalangan maut dengan 136 kematian.

“Penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kematian tertinggi iaitu 88 kes.

“Dalam Op Selamat 18, kematian membabitkan kereta lebih tinggi iaitu 38 kes berbanding 34 pada Op Selamat 15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Razarudin lagi, pada hari kelapan Op Selamat, sejumlah 1,496 kemalangan dicatatkan dengan Selangor teratas membabitkan 292 kemalangan diikuti Johor (200) dan Perak (163), manakala Perlis mencatatkan kemalangan terendah iaitu sembilan kemalangan.

Menurutnya, daripada 1,496 kemalangan itu, 12 nyawa terkorban membabitkan empat kematian di Johor, tiga (Kedah), serta masing-masing satu kematian di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Kelantan dan Sabah.

Sementara itu, sebanyak 257,808 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya sepanjang lapan hari Op Selamat 18.

“Ia adalah peningkatan sebanyak 69,553 saman atau 52 peratus berbanding saman dikeluarkan tempoh sama Op Selamat 15 iaitu 170,167 saman.

“Enam kesalahan utama penyebab saman dikeluarkan setakat hari kelapan Op Selamat 18 ialah melebihi had laju (185,761 saman), kesalahan melanggar lampu isyarat (3,122 saman), memotong barisan (2,431 saman), menggunakan alat komunikasi (1,533 saman), memotong di garisan berkembar (965 saman) dan memandu di lorong kecemasan (633 saman),” katanya.

Beliau berkata, kemalangan jalan raya mengikut jenis jalan sehingga hari kelapan Op Selamat 18 pula, lebuh raya (1,373 kemalangan), jalan persekutuan (2,816 kemalangan), jalan negeri (2,591 kemalangan), jalan bandaran (5,061 kemalangan) dan jalan lain-lain sebanyak 1,144 kemalangan.

Op Selamat ke-18 sempena Aidilfitri dilancarkan selama 10 hari bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan