Friday, June 5, 2026

22 orang terkorban, 74 cedera letupan gas di hotel

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LETUPAN kuat yang berlaku di hadapan sebuah hotel lima bintang di Havana, ibu negara Cuba telah mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan 74 lagi.

Presiden Cubba, Miguel Diaz-Canel bercakap kepada televisyen, berkata, letupan di Hotel Saratoga bangunan bersejarah di bandar raya itu dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

“Bukan bom atau serangan. Ia adalah satu tragedi yang tidak disangka,” katanya kepada Reuters sebelum meninggalkan Hospital Calixto Garcia yang merawat ramai mangsa insiden berkenaan.

Antara yang maut termasuk ibu mengandung dan kanak-kanak.

Ketika ini, kerja-kerja menyelamat masih sedang giat dijalankan.

Sementara itu, Menteri Pelancongan Cuba, Juan Carlos Garcia pula berkata, berdasarkan laporan awal, tiada warga asing terkorban atau cedera dalam insiden itu.

Dalam pada itu, televisyen tempatan yang memetik wakil syarikat pengendali hotel, Roberto Enrique Calzadilla melaporkan, hotel di bangunan berusia beberapa abad itu tidak dibuka dan hanya pekerja yang berada di dalam bangunan ketika kejadian.

Kata Calzadilla, pekerja berada di situ untuk melakukan persediaan akhir, memandangkan hotel mewah dengan 96 bilik itu dirancang dibuka semula beberapa hari lagi.

“Pekerja melakukan pembaikan dan kerja lain sebelum pembukaan hotel.

“Pada sebelah pagi, mereka membekalkan semula bekalan gas tetapi malangnya berlaku kemalangan menyebabkan letupan,” katanya.

Pihak berkuasa percaya masih ada mangsa hidup, tertimbus akibat letupan yang menyebabkan dinding hotel berkenaan runtuh.

Gambar yang diterbitkan media tempatan menunjukkan sebahagian besar dinding luar bangunan itu musnah, sehingga mendedahkan beberapa bilik di hotel berkenaan.

Kenderaan seperti bas dan kereta di sekeliling hotel berkenaan musnah akibat letupan.

Dua jam selepas kejadian, bau busuk dapat dihidu di udara.

Hotel ini dibina pada penghujung abad ke-19 dan menjelang 1930-an, ia merupakan salah satu hotel terkemuka di bandar itu.Ia dibuka semula pada 2005 selepas kerja-kerja pengubahsuaian.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan