25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Gelanggang debat Anwar-Najib malam ini… Nantikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AKHIRNYA debat membabitkan dua figura besar dalam arena politik tanah air, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak akan berlangsung pada malam ini.

Pastinya, semua pihak tertunggu-tunggu penampilan kedua-dua ahli politik itu, dan dijangka akan mengupas pelbagai isu panas berkaitan negara.

Gelanggang debat antara Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang dan bekas Perdana Menteri itu dijadualkan berlangsung di Auditorium MATIC, jam 9 malam.

Debat Perdana Najib dan Anwar akan menyentuh dua isu utama, pertama persoalan sama ada syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd perlu diselamatkan atau sebaliknya.

Selain itu, Anwar dan Najib turut dijangka membincangkan isu masa depan Malaysia merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara.

Advertisements

Lebih menarik perhatian ramai, Anwar turut memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada Najib dengan orang ramai boleh mengajukan soalan menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya semalam.

Tinjauan Edisi 9 di akaun Twitter rasmi Anwar mendapati 168 individu memberikan reaksi dengan mengemukakan soalan.

Antaranya berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pelaksanaan sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Orang ramai boleh mengikuti debat berkenaan di saluran televisyen Astro Awani, Facebook Sinar Harian, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan