36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

5 rentung dalam nahas kereta, trafik sesak 13 km

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAHAS mengakibatkan lima individu rentung di KM246, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Ipoh, Perak tengah malam tadi mengakibatkan aliran trafik perlahan dan sesak sejauh 13 kilometer (KM).

PLUS Berhad menerusi ciapan di Twitter @plustrafik, memaklumkan setakat jam 7.41 pagi ini, lorong kanan menghala utara sudah dibuka manakala lorong kiri masih ditutup bagi kerja pembersihan kawasan kemalangan.

Menurut ciapan itu, laluan kontra turut diaktifkan.

“Trafik sesak 13 km arah utara dan trafik perlahan arah selatan. Sila gunakan laluan alternatif,” kata ciapan itu setakat jam 7.41 pagi tadi.

Terdahulu, ciapan @plustrafik setakat jam 7.04 pagi tadi memberitahu, semua lorong menghala utara dan lorong kanan menghala selatan masih terhalang, menjadikan semua lorong menghala ke utara ditutup kira-kra enam jam.

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan berhampiran terowong Menora tengah malam tadi.

Dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM246 PLUS arah utara, dekat Ipoh kira-kira jam 12.52 tengah malam tadi mengakibatkan lima individu maut dalam keadana rentang selepas kereta dinaiki mereka terbakar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata nahas itu membabitkan sebuah kereta yang dinaiki lima mangsa maut itu bersama dua lori treler masing-masing bermuatan besi dan mozek.

“Pihak bomba menerima panggilan mengenai nahas itu pada jam 12.52 pagi.

“Kereta dan treler berkenaan terbakar 90 peratus. Setiba di lokasi, terdapat lima mangsa di dalam kereta dan disahkan maut oleh pegawai perubatan hospital.

“Manakala, dua pemandu treler dan seorang kelindan tidak mengalami kecederaan,”katanya.

Difahamkan, kesemua lima mangsa maut berkenaan merupakan pelajar sebuah universiti swasta dinaungi kerajaan negeri di Kuala Kangsar.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan