27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

45,000 meriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HAMPIR 45,000 pengunjung terdiri daripada masyarakat berbilang kaum memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dataran Kerayong, Bera, hari ini.

Ismail Sabri berkata, sambutan berkenaan begitu meriah dan beliau juga berasa seronok melihat tetamu yang hadir dari pelbagai bangsa dan kaum.

“Selepas dua tahun kita tidak puas beraya, hari ini hampir 45 ribu tetamu juga yang hadir di Taman Kerayong.

“Istimewanya majlis rumah terbuka di Bera ini ialah tradisi muafakat dan gotong-royong menyediakan juadah. Di sini, setiap kampung dalam Parlimen Bera dapat menyajikan makanan mereka di gerai yang disediakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada puluhan ribu Keluarga Malaysia Bera dan dari luar Bera, yang sudi meluangkan masa.

“Panjang umur, tahun depan kita jumpa lagi,” kongsinya.

Sementara itu, di ruangan komen hantaran berkenaan, warganet berkongsikan gambar menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri yang cukup meriah itu.

Bagi pengguna Facebook dengan akaun bernama Ravi Varman, dia menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri yang sangat mesra.

“Perdana Menteri yang sangat mesra rakyat, layan semua seperti keluarga,” kongsi Ravi Varman.

Manakala, Nur Jalilah And Jamil, dia tidak hanya memuji Perdana Menteri, bahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

“Terbaiklah, meriah sungguh. PM dan isteri pun beramah mesra dengan tetamu yang hadir,” kongsinya.

Bagi Eric Wong, dia meluahkan perkembangan yang cukup positif sempena rumah terbuka berkenaan apabila turut dihadiri oleh ramai kaum Tionghua.

“Orang cina pun banyak hadir kali ini, perubahan sokongan politik berubah kepada PM. BN akan menang besar nanti di bawah pimpinan PM DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri).

-EDISI9

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan