25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

RUU Antilompat Parti: Ada gunting dalam lipatan – Zahid

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mempersoalkan sama ada wujud elemen gunting dalam lipatan disebalik ketidaksetujuan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti di Dewan Rakyat seperti yang telah dirancang sebelum ini.

Zahid dalam satu hantaran di Facebook malam tadi sebagai reaksi terhadap RUU Antilompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin minggu hadapan berhadapan dengan keadaan terpaksa ditangguh lagi.

Menurut Zahid, kabinet memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan “antilompat” di masa akan datang.

“Dengan kata lain, perundangan “antilompat” akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali, kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan.

“Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini? Sudah tentu ini amat mengecewakan rakyat Malaysia yang sudah lama menanti kewujudan undang-undang dilaksanakan segera kerana mandat rakyat memilih pemimpin ketika pilihan raya hilang apabila lompat parti,” kongsi beliau.

Ujar Zahid lagi, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat ahli parlimennya yang melompat parti apabila BN tewas.

Advertisements

Malah menurut beliau, ada juga meskipun masih dalam BN ketika itu bernada musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mereka yang melompat parti.

“Saya sudah menyatakan bahawa persefahaman kerajaan sedia ada di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan Pakatan Harapan (PH) perlu dinilai semula kerana dinilai kurang tegas dalam usaha untuk mempercepatkan membentang dan meluluskan undang-undang ini.

“Sudah pasti ini juga satu tamparan hebat terhadap Pakatan Harapan yang membuat persefahaman dengan kerajaan yang sebenarnya bimbang tak mampu dan tak bersedia berdepan PRU jika parlimen dibubarkan.

Beliau menegaskan, sudah tiba masanya UMNO dalam kerajaan lebih tegas menangani isu ini sebelum menambahkan lagi kemarahan yang mahu undang-undang lompat parti disegerakan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan