26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dua penjenayah mati ditembak digelar Pendi Buaya, Nuar Taman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA penjenayah yang mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan di Wakaf Beruas, Kuala Terengganu pada 5 April lalu dikenali sebagai Pendi Buaya dan Nuar Taman.

Menurut Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa, Pendi Buaya, 25, dan Nuar Taman, 29, merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang penganggur berusia 41 tahun yang ditembak mati di Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lalu.

“Mereka sebelum ini diburu kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut yang dipercayai bermotifkan pertikaian berkaitan dadah.

“Kedua-dua penjenayah yang ditembak mati tersebut juga dipercayai sudah 10 tahun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Siasatan Jenayah Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

Advertisements

Media 7 Mac lalu melaporkan seorang lelaki maut akibat terkena dua das tembakan dilepaskan dua lelaki bermotosikal dalam kejadian pada 5 Mac lalu di tepi jalan berhampiran Kampung Pasir Tinggi, Terengganu.

Kedua-dua suspek kes pembunuhan itu kemudiannya mati ditembak sepasukan polis ketika cuba melarikan diri dengan kereta Honda Civic kemudiannya pada pukul 11.30 pagi, Selasa lalu.

Rohaimi berkata, hasil pemeriksaan pada tubuh kedua-dua suspek kenderaan Honda Civic dinaiki mereka menjumpai dua pucuk pistol jenis Revolver 0.38 dan 20 paket dadah jenis syabu dan 14 botol dadah jenis heroin.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan