28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Macau Scam dikesan curi wang akaun Tabung Haji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebanyak 65 kes kehilangan wang dalam akaun Tabung Haji membabitkan nilai RM3.59 juta berlaku dalam kalangan mangsa sindiket penipuan Macau Scam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, kebiasaannya mangsa dihubungi melalui panggilan telefon oleh ahli sindiket Macau Scam yang menyamar.

Menurutnya, ahli sindiket menakutkan mangsa dengan mendakwa terbabit dalam kegiatan jenayah, mempunyai tunggakan kad kredit dan sebagainya sebelum meminta mangsa mendedahkan maklumat perbankan mereka.

“Terbaharu, sindiket Macau Scam ini dikesan berjaya membuat pengeluaran wang dari akaun Tabung Haji yang dipautkan dengan akaun bank komersial milik mangsa,l.

“Kemudahan fasiliti perbankan internet oleh Tabung Haji dan bank konvesional lain membolehkan perkara itu berlaku. Akibatnya, bukan sahaja wang di dalam bank komersial mereka hilang, malah wang dalam akaun Tabung Haji yang dipautkan bersama akaun bank itu turut hilang.

“Setakat ini, 65 kes sebegini dikesan membabitkan kerugian RM3.59 juta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Kamarudin berkata, walaupun orang ramai sudah terlalu kerap diingatkan agar jangan sesekali memberikan maklumat perbankan kepada individu tidak dikenali, masih ramai yang menjadi mangsa penipuan.

“Justeru, pesanan sedemikian akan terus disampaikan dalam usaha mengelakkan orang ramai terus menjadi mangsa penipuan sindiket Macau Scam.

Sehubungan itu, untuk mendapatkan sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan