29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Pemakai pelitup muka ruang tertutup premis sekolah dikekalkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMAKAIAN pelitup muka di ruangan tertutup dalam premis sekolah kekal diwajibkan, dengan pelbagai kelonggaran diberikan Kementerian Pendidikan (KPM), antaranya membabitkan guru yang mengajar di dalam kelas dan kanak-kanak lima tahun ke bawah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kelonggaran baharu itu susulan kenyataan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam yang melonggarkan beberapa prosedur operasi standar (SOP) utama di negara ini.

Katanya, kelonggaran membabitkan pemakaian pelitup muka adalah sekiranya bersendirian, semasa mengajar di hadapan kelas dan semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani.

“Kelonggaran juga diberikan kepada kanak-kanak berusia lima tahun dan ke bawah, individu keperluan khas dan individu yang mempunyai masalah pernafasan.

“Mereka yang mempunyai masalah pernafasan perlu mengemukakan laporan perubatan,” katanya dalam sidang media khas hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, KPM juga menetapkan tiada lagi penjarakan fizikal di dalam kawasan sekolah.

Baca juga:   Akta antilompat parti, persempadanan semula jika BN menang

“Melalui ketetapan terbaharu itu, guru-guru sekolah diberi pilihan untuk melaksanakan pendekatan yang dirasakan terbaik dalam penyusunan murid dan kelas.

“Penjarakan fizikal menjadi komponen paling penting kerana sebelum ini kita menetapkan penjarakan satu meter dan ia menimbulkan pelbagai kekangan kepada sekolah.

“Selepas pengumuman KKM, kita membuat ketetapan bahawa tiada lagi penjarakan fizikal di dalam kelas dan sekolah.

“Dengan ketetapan itu, guru boleh memilih pendekatan paling baik dalam penyusunan di kelas, namun harus dipastikan semua murid memakai pelitup muka,” katanya.

Baca juga:   Akta antilompat parti, persempadanan semula jika BN menang

Sementara itu, Radzi juga mengumumkan, keperluan imbasan kod MySejahtera tidak lagi perlu dilakukan pelawat ke sekolah.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan