23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Kes buli Langkawi: 13 pelajar sekolah ditahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan 13 pelajar lelaki hari ini, bagi membantu siasatan kes pergaduhan di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Langkawi, Kedah, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, kesemua suspek berusia 16 tahun adalah pelajar Tingkatan Empat sekolah terbabit.

“Susulan laporan polis dibuat mangsa pagi tadi, seramai 12 suspek ditahan pada 12.30 tengah hari, manakala seorang lagi ditahan kira-kira jam 3 petang.

“Ketika ini, rakaman percakapan ke atas semua suspek sedang dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan kejadian pergaduhan itu selepas mangsa yang berusia 16 tahun tampil membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Bahkan, punca pergaduhan juga dipercayai akibat perselisihan faham.

Baca juga:   Imam kedua maut dirempuh imam pertama

Mangsa juga telah dirujuk ke hospital selepas membuat laporan polis.

Terdahulu, tular video berdurasi 25 saat memaparkan tindakan sekumpulan pelajar mengepung pelajar lain sebelum mereka beramai-ramai bertindak menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai.

Malah mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja oleh salah seorang pelajar terbabit.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan