25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

SPRM ada kuasa siasat pegawai awam termasuk hakim

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan mereka mempunyai kuasa menyiasat pegawai badan awam termasuk hakim.

Penegasan itu dibuat dalam satu kenyataan media setelah suruhanjaya itu dikritik kerana menyiasat hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali atas dakwaan mempunyai kekayaan yang tidak jelas sumber.

Siasatan itu dibuat susulan dakwaan dalam portal kontroversi sebuah portal milik penulis blog yang berpangkalan dari luar negara.

Dalam kenyataan hari ini, SPRM berkata mereka diberikan kuasa untuk menyiasat kes jenayah rasuah bawah Akta SPRM 2009.

Menurut kenyataan berkenaan, pegawai badan awam termasuk anggota pentadbiran, anggota parlimen, ahli Dewan Undangan Negeri serta hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.

“Berdasarkan prosedur, suruhanjaya ini bertanggungjawab untuk mengesahkan dan menyiasat sesuatu laporan atau aduan rasmi yang telah dibuat kepada SPRM melibatkan perkara-perkara di bawah bidang kuasanya,” katanya hari ini.

Menurut SPRM lagi, selaras dengan prinsip pengasingan kuasa, kertas siasatan akan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara untuk memutuskan sama ada pendakwaan akan dibuat.

“SPRM juga telah mempunyai rekod menyiasat hakim yang mana kertas siasatan berkaitan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuat penilaian,” katanya.

“Berhubung siasatan terhadap hakim tersebut, SPRM telah menerima satu aduan pada 15 Mac 2022 disusuli dua lagi aduan pada 23 dan 27 April 2022. Siasatan ini masih berada di fasa awal dan melibatkan kepentingan awam.”

SPRM juga berkata apabila sesuatu siasatan dijalankan terhadap mana-mana individu, ia tidak bermakna individu tersebut telah melakukan kesalahan.

“Sehubungan itu, SPRM memohon masyarakat umum memberi ruang untuk proses siasatan dijalankan mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan RM210 juta terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu.

Najib sedang merayu kes itu di Mahkamah Persekutuan.

-EDISI9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan