24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Protokol sambutan raya tertakluk pihak berkuasa agama negeri

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROTOKOL sambutan Hari Raya Masjid dan Surau 2022 yang diumumkan kerajaan pada Rabu adalah panduan umum dan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, protokol sambutan itu antara lain membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dengan kapasiti 100 peratus dan jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup muka.

“Turut dibenarkan ialah takbir hari raya di masjid, surau dan rumah ke rumah serta jamuan selepas solat dengan sentiasa memakai pelitup muka, program ziarah iaitu aktiviti kunjung-mengunjung, ziarah tanah perkuburan dan mengadakan rumah terbuka atau majlis hari raya, “katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Bagaimanapun Idris berkata, sebagai kawalan penularan jangkitan, individu positif COVID-19 tidak dibenarkan hadir ke masjid, surau, rumah terbuka dan majlis hari raya, manakala individu bergejala pula tidak digalakkan menyertai sebarang aktiviti itu.

Advertisements

“Jemaah juga digalakkan berwuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri serta masuk mengikut giliran untuk mengelakkan kesesakan.

“Saya mengharapkan dengan panduan ini, sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut seluruh umat Islam di Malaysia akan menjadi hari yang mengikat dan memperkukuhkan persaudaraan sesama kita,” katanya. – Bernama


Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan