26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Mutasi baharu, varian Omicron XE belum dikesan di Malaysia

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MUTASI baharu varian Omicron yang dinamakan XE masih belum dikesan di Malaysia,”kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata, bagaimanapun, varian itu dikatakan telah dikesan di negara jiran.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang mengikuti perkembangan varian tersebut yang belum diketahui ciri-cirinya setakat ini.

“Ada dua benda yang kita tengok dengan varian baru ini, kebolehjangkitan dia dan keseriusan dia, dua perkara.

“Kebolehjangkitan Omicron contohnya lagi tinggi daripada Delta sebab tu kes melambung naik tapi keseriusan nya lebih sederhana daripada Delta, sebab tu kita punya Unit Rawatan Rapi pun tak penuh lagi macam dulu.

“Maka untuk varian baharu ini, kita kena tengok daripada negara lain sama ada keboleh jangkitan tinggi ataupun dia punya keseriusan dia tinggi, barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sepatutnya,” katanya, lapor Astro AWANI.

Beliau ditemui ketika melakukan lawatan kerja ke Perak di Ipoh hari ini.

Menurutnya, kerajaan akan mengambil tindakan untuk mengubah strategi sekiranya keseriusan varian baru itu tinggi sehingga pesakit terpaksa dimasukkan ke hospital.

Isnin lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai satu mutasi baharu varian Omicron dinamakan XE, yang lebih mudah berjangkit berbanding mana-mana varian COVID-19.

Menurut laporan Times of India, WHO menerusi laporan terbarunya berkata varian berkenaan adalah gabungan mutasi hibrid dua versi terdahulu bagi Omicron iaitu BA.1 dan BA.2.

Mutasi yang baru dikenal pasti itu diramal kira-kira 10 peratus lebih mudah berjangkit berbanding sub-varian BA.2, namun masih perlu membuat kajian lanjut bagi mengesahkannya.

Menurut laporan WHO yang diterbitkan awal minggu ini, varian XE ini mula dikesan di Britain pada 19 Januari lalu dan sejak itu, kurang 600 kes susulan dilaporkan.

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan