24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KJ bentang aplikasi MySejahtera kepada PAC 14 April ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan beliau akan dipanggil Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) untuk memberi keterangan berhubung aplikasi MySejahtera pada 14 April ini.

Khairy berkata, bagi beliau tiada masalah membentangkan kepada PAC sebab tiada apa yang hendak disembunyikan.

“Saya pergi untuk membentangkan kerana saya mahu beri keyakinan pada orang ramai bahawa tiada apa-apa nak disembunyi.

“Bagi saya aplikasi ini penting, kita guna untuk COVID-19 dan kita guna untuk vaksinasi dan ‘monitoring people at home’ (memantau individu di rumah).

“Jadi, mungkin ada yang mengalami kebimbangan (penggunaan MySejahtera), namun apa yang saya terangkan dalam Dewan Negara dan akan bentangkan dalam PAC nanti adalah keadaan yang sebenar bahawa data itu adalah data yang dimiliki oleh KKM (Kementerian Kesihatan) dan data itu selamat berpangkalan di Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini, lapor BH Online.

Sementara itu, dalam perkara berkaitan, Khairy berkata, kerajaan sedang berunding dengan beberapa negara besar dunia dalam soal penggunaan sistem MySejahtera susulan pengiktirafan diberikan Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini.

Katanya, sistem MySejahtera yang dibangunkan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dilihat bersesuaian bukan hanya dengan EU dan negara lain, malah diterima Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Advertisements

“Jadi, kita sedang berunding dengan semua negara yang besar, destinasi pelancongan serta pelaburan supaya diiktiraf MySejahtera.

“Sebagai contoh saya ke United Kingdom (UK) beberapa hari yang lepas pun tiada masalah, mereka terima (sistem MySejahtera),” katanya

Mengulas pengiktirafan EU itu, Khairy berkata, ia satu pengiktirafan tinggi bukan hanya kepada MySejahtera tetapi sistem di sebalik sijil vaksinasi negara.

“Mereka betul-betul puas hati sistem (MySejahtera) kita dari segi keselamatan, kesahihan dan kemudahan yang dilihat setaraf diperlukan oleh EU.

“Jadi, ini sebenarnya pengiktirafan kepada Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) dan juga sistem MySejahtera yang memaparkan sijil vaksinasi kita.

“Ini banyak membantu pengembara daripada Malaysia untuk pergi EU nanti, jadi tiada masalah iaitu tunjuk MySejahtera dan boleh integrasi dengan sistem mereka,” katanya.

Sebelum ini, Duta EU ke Malaysia, Michalis Rokas, melaporkan EU membuat keputusan mengiktiraf sijil vaksinasi COVID-19 di MySejahtera.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan