26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Dua penjenayah cuba lari maut ditembak polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA lelaki disyaki penjenayah yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah dan jenayah lain maut ditembak polis dalam kejadian di Jalan Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner, Wan Rukman Wan Hassan berkata, sepasukan polis yang melakukan rondaan telah terserempak dengan kereta Honda Civic dinaiki kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11.30 pagi.

Menurut beliau, pemandu kereta berkenaan bagaimanapun enggan berhenti sewaktu anggota polis memperkenalkan diri sebaliknya memecut laju kenderaannya.

“Kereta itu bagaimanapun berjaya dihalang kereta peronda polis di persimpangan Kampung Tokku kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita hari ini.

Wan Rukman berkata, salah seorang daripada suspek kemudiannya melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

Menurutnya, anggota polis melakukan tembakan balas mengenai tepat salah seorang suspek yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Baca juga:   Wanita ditahan disyaki terlibat kematian anak saudara

“Seorang lagi suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sebelum memasuki sebuah rumah kosong terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian sebelum juga ditembak mati,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial penutupan jalan sementara di lampu isyarat Wakaf Beruas dan Simpang Tokku di Jalan Kuala Terengganu menghala ke Kuala Berang.

Menurut mesej tular berkenaan, keadaan ketika ini di bawah kawalan PDRM.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan