27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Konflik Rusia-Ukraine: Malaysia kekal pendirian berkecuali – PM

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia mengekalkan pendirian berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana negara yang berkonflik.

Dalam perbualannya menerusi telefon dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, Ismail Sabri berkata, ia sesuai dengan kedudukan Malaysia sebagai salah satu ahli Non Aligned Movement (NAM).

“Dalam hal ini, Malaysia menyokong proses dialog dan rundingan yang berasaskan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu,” katanya menerusi Facebook beliau malam ini.

Menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatannya itu tengah hari tadi, Ismail Sabri berkata, konflik Rusia dan Ukraine adalah antara yang dibincangkan.

Katanya, beliau dan Kishida bersetuju bahawa pencerobohan sesebuah negara kepada mana-mana negara berdaulat yang lain adalah tidak wajar dan patut dikecam sekeras-kerasnya.

FUMIO KISHIDA

Mengenai sekatan terhadap Rusia, pula, Perdana Menteri menegaskan, tindakan sedemikian terhadap mana-mana negara mesti dilakukan dengan keputusan Majlis Keselamatan PBB dan tidak secara unilateral.

Baca juga:   Ismail Sabri bawa cadangan agar laksana 'total lockdown'?

“Saya juga menegaskan kuasa besar perlu memberikan fokus kepada isu pelarian warga Ukraine yang kini sudah melebihi 4 juta orang.

“Semasa perbualan telefon itu juga PM Kishida telah menjemput saya bagi menghadiri Nikkei Conference di Tokyo pada Mei ini,” kata beliau. – Edisi 9

Terkini

PRU15: Muhyiddin dedah bertemu dua jam dengan Hadi

PRESIDEN Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau sudah bertemu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang malam tadi. Muhyiddin...

Lagi Artikel Berkaitan