23.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

Palestin: JAKIM laksana Doa Qunut Nazilah bermula malam ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaksanakan bacaan Doa Qunut Nazilah semasa solat sunat witir setiap malam bermula malam ini khusus untuk keselamatan dan keamanan di bumi Palestin.

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, JAKIM mengambil inisiatif melalui masjid-masjid utama JAKIM iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan bacaan berkenaan.

Menurutnya, umum mengetahui bahawa konflik di Palestin telah berlangsung sejak sekian lama. Terkini, Masjidil Aqsa diceroboh dalam keadaan umat Islam sedang memberi tumpuan beribadah di bulan Ramadan yang mulia ini.

“JAKIM juga memohon kerjasama dan jasa baik Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di seluruh Malaysia untuk turut sama mengadakan bacaan Doa Qunut Nazilah di semua masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing.

Baca juga:   Tiga bakal jemaah haji disahkan positif COVID-19

“JAKIM menyeru seluruh Keluarga Malaysia untuk sama-sama terus berdoa agar negara Malaysia sentiasa kekal aman, makmur dan sejahtera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Jumaat lepas, sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel yang menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.

Susulan itu, rakyat Palestin mengadakan protes dan menyeru negara Islam melindungi Al-Aqsa.

Beberapa serangan susulan juga dilaporkan berlaku di perkarangan masjid berkenaan.

Keganasan pihak berkuasa Israel ini menimbulkan kebimbangan berulangnya tragedi serangan udara ke atas Gaza pada 10 hingga 21 Mei 2021 yang menyebabkan lebih 250 rakyat Palestin terbunuh dan 1,900 lagi cedera.

Baca juga:   Alumni 4B Malaysia kutuk serangan rejim Zionis

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Dua cedera dalam insiden tangki NGV lori meletup

DUA lelaki termasuk seorang warga emas cedera apabila tangki gas cecair asli (NGV) sebuah lori meletup di stesen minyak...

Lagi Artikel Berkaitan