25.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023

Duti import nikotin gum perlu diturun, dikecualikan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melihat kewajaran duti import terhadap nikotin gum diturunkan atau dikecualikan sebagai menyokong usaha membantu perokok di negara ini berhenti merokok.

Ini kerana, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada syarikat farmasi tempatan yang rata-rata mahu duti import nikotin gum itu dimansuhkan.

“Sehubungan dengan itu, KKM akan bertemu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Perbendaharaan bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya akan bangkitkan isu ini kerana kami melihat duti import terhadap nikotin gum perlu diturunkan atau dikecualikan.

“Nikotin gum adalah benda yang baik untuk kita bantu perokok berhenti merokok,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Program mQUIT Masjid di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, hari ini, lapor Utusan.

Difahamkan, perintah duti kastam yang berkuat kuasa 1 Jun ini akan mengenakan duti import sebanyak 15 peratus per kilogram ke atas nikotin gum yang dibawa masuk ke negara ini.

Baca juga:   Kluster tempat kerja meningkat akibat ketidakpatuhan SOP

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM akan memperhebatkan kempen berhenti merokok menerusi program mQUIT selain menguatkuasakan larangan merokok di tempat awam.

Menurutnya, pihaknya juga akan terus mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkuasa supaya isu rokok seludup dapat ditangani.

“Tidak guna kita buat undang-undang tapi masih ada pasaran gelap dan kita akan benteras habis-habisan rokok seludup itu,” katanya.

Baca juga:   Tiada yuran dikenakan kepada peguam syarie tahun ini

Sementara itu, Khairy berkata, sejak awal Januari hingga 15 Mac lalu, sebanyak 28,835 premis diperiksa menerusi aktiviti penguatkuasaan larangan merokok di tempat awam.

“Kami turut menerima 2,981 aduan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai aktiviti merokok di kawasan awam sepanjang tempoh sama.

“Setakat 6 April lalu, KKM mengeluarkan 13,437 notis kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan merokok di bawah umur,” katanya.

Selain itu, Khairy berkata, sejak dilancarkan 8 April lalu, 41 perokok sudah mendaftarkan diri menerusi Program mQUIT Masjid.

Wartawan

Terkini

Musim meroyan dalam kalangan bekas pemimpin UMNO

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi secara sindiran mengatakan musim meroyan dapat dilihat berlaku...

Lagi Artikel Berkaitan