30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

3 maut dalam kebakaran pusat karaoke

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA pelanggan sebuah pusat karaoke di Jalan Putra, Mergong, di Alor Setar, Kedah terkorban manakala lapan lagi terselamat dalam kebakaran di premis itu pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu jam 10.19 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.

“Sejurus tiba di lokasi anggota bomba dimaklumkan terdapat 11 orang berada dalam premis dua tingkat itu, namun lapan daripadanya sempat menyelamatkan diri.

“Tiga pelanggan terbabit gagal dikesan dan dipercayai terperangkap, sebelum mereka ditemui meninggal dunia di dalam dua bilik kenamaan tingkat bawah premis itu,

“Mangsa pertama dikenali sebagai Mark Barry, 32, ditemui dalam bilik VIP 1 jam 11.30 pagi, manakala seorang mangsa wanita, Kim Mei Kit, 32, dan mangsa lelaki, Jeffry Tan Yan Wei, 30, ditemui dalam bilik VIP 2 tidak lama kemudian,” katanya seperti dilaporkan BH Online hari ini.

Syufaat berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

“Selepas disahkan oleh pengurus pusat karaoke itu tiada lagi mangsa operasi mencari dan menyelamat dihentikan.

“Anggota bomba berdepan kesukaran untuk mencari mangsa disebabkan terdapat banyak bilik karaoke serta bilik rahsia dalam pusat hiburan itu.

“Ketiga-tiga mangsa dipercayai mati akibat lemas di dalam asap dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan