Friday, June 5, 2026

TH umum 2 kadar bayaran muassasah, kos haji naik

Jemaah muassasah B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang dan bukan B40 adalah RM12,980

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LEMBAGA Tabung Haji (TH) mengumumkan dua kadar bayaran untuk menunaikan haji kepada jemaah muassasah mengikut golongan B40 serta bukan B40 susulan anggaran kos keseluruhan ibadah itu meningkat kepada RM25,540 seorang tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, bagaimanapun menerusi pelaksanaan Bantuan Kewangan Haji secara bersasar, jemaah muassasah dalam kalangan B40 hanya perlu membayar RM10,980 seorang.

“Manakala kadar bayaran ditetapkan bagi golongan bukan B40 adalah RM12,980 seorang.

“Bayaran haji jemaah muassasah kekal pada RM9,980 seorang sejak 2009, iaitu 13 tahun lepas, walaupun kos menunaikan haji telah meningkat setiap tahun sehingga 103 peratus.

“Berikutan pelaksanaan bantuan bersasar ini, kadar bayaran haji untuk seorang jemaah muassasah B40 dikenakan sebanyak RM10,980 iaitu peningkatan RM1,000 seorang manakala jemaah muassasah dalam kategori bukan B40 ialah RM12,980 seorang iaitu peningkatan RM3,000 atau purata 2.3 peratus setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Turut dihadiri Pengarah Eksekutif Haji TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengurus Besar (Pengurusan Haji) TH, Nurrinanuwar Shamsuddin.-Bernama

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan