27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

39 Ahli Parlimen lompat parti sejak 2018

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendedahkan seramai 39 Ahli Parlimen di negara ini telah melompat parti sejak 2018 sehingga kini.

Beliau berkata, tindakan melompat parti juga telah membawa kepada ketidakstabilan politik negara malah negara telah menyaksikan pertukaran tiga orang Perdana Menteri dalam satu penggal parlimen.

“Ini tidak mendatangkan kestabilan politik di negara kita, apabila politik tidak stabil maka ekonomi juga sukar dijaga dan semasa kita berhadapan dengan COVID-19 ini (ketidakstabilan) jadi masalah besar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Projek Benteng Muara Tebas di Dewan Kampung Muara Tebas, Kuching hari ini.

Oleh sebab itu Wan Junaidi menjelaskan kerajaan telah merangka Rang Undang-Undang Antilompat Parti 2022 yang mengambil masa selama lima bulan.

“Pada peringkat ini ada tidak bersetuju dan ada yang bersetuju (dengan RUU terbabit) tapi jika Jemaah Menteri bersetuju pada 6 (April) nanti, satu persidangan khas telah ditetapkan pada 11 April (ini) bagi kita bahaskan RUU itu,” katanya.

Pada 24 Mac lalu, Wan Junaidi memaklumkan keputusan Perdana Menteri supaya satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bagi membentangkan rang undang-undang itu dan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri, akan diadakan pada 11 April ini.

Namun, ia tertakluk kepada kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan diadakan pada 6 April ini. – Bernama

Terkini

Warga Israel bersama 6 pucuk senjata api ditahan

SEORANG lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang,...

Lagi Artikel Berkaitan