Monday, July 20, 2026

Umpan jawatan agar tinggalkan UMNO resepi keretakan

Mesti Baca

TINDAKAN mengumpan atau menawarkan jawatan tertentu kepada ahli-ahli UMNO supaya keluar dan meninggalkan parti untuk menyertai parti lain yang turut berada dalam Kerajaan Perpaduan adalah resepi keretakan yang perlu dielak.

Justeru Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, UMNO konsisten menentang amalan lompat parti yang pernah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak stabil suatu masa dahulu. 

“Sebagai parti yang paling terkesan akibat budaya ini, UMNO menyedari kesan buruk yang dibawanya,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berkata, kestabilan politik dan kerajaan hari ini bergantung kuat kepada sikap hormat menghormati dan saling mempercayai di antara parti-parti yang membentuknya.

Katanya, seperti dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, UMNO sangat menghormati keberadaan dan kedudukan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Justeru, adalah wajar UMNO juga menerima penghormatan yang sama,” katanya.

Beliau mengulas pengesahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa wujud perbincangan awal berhubung penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz ke dalam PKR.

Tengku Zafrul yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja juga didakwa bakal ditawarkan jawatan Menteri Besar menggantikan Datuk Seri Amirudin Shari yang akan dilantik ke dalam Kabinet. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan