29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Agong, Raja Permaisuri jalani kuarantin kendiri di Istana Negara

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga Khamis ini, setelah disahkan positif COVID-19.

Menurut kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin kendiri hingga Jumaat ini.

“Perkenan Seri Paduka Baginda berdua menjalani kuarantin kendiri ini selaras dengan protokol dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes positif COVID-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

“Dimaklumkan Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan.

“Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan,” kata kenyataan tersebut yang dikongsikan menerusi Facebook Istana Negara, hari ini.

Tambah kenyataan itu, Seri Paduka Baginda menasihatkan semua rakyat agar sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki fasa peralihan endemik.

Baca juga:   Covid-19: Kadar positiviti tinggi walau ada trend penurunan

“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda berdua dikurniakan kesembuhan dengan segera serta dikumiakan keafiatan yang berpanjangan,”kataya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Umat Islam dinasihat tak terlibat acara Thaipusam – Mohd Na’im

UMAT Islam untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam sambutan Hari Thaipusam pada hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal...

Lagi Artikel Berkaitan