28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Harga barang naik : KPDNHEP siasat terperinci dan menyeluruh

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat setiap kes kenaikan harga barangan yang melampau bagi mengelak berlakunya aktiviti pencatutan.

Dalam masa sama, Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid, berkata, pihaknya memberi jaminan siasatan yang dilakukan itu akan dibuat secara terperinci dan menyeluruh di setiap peringkat pengedaran.

Beliau berkata, setiap aduan kenaikan harga tidak munasabah akan diselidik bermula daripada pihak pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit bagi melihat puncanya.

Katanya, sebagai negara yang mengamalkan sistem ekonomi terbuka, harga barangan ditentukan oleh faktor permintaan dan penawaran serta peniaga boleh menentukan sebarang perubahan harga barangan.

Advertisements

“Bagaimanapun,ia tertakluk kepada penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Kita tidak boleh mengelak kenaikan harga ini disebabkan pelbagai faktor, namun tidak munasabah jika keuntungan yang diperoleh di setiap peringkat pengedaran barangan tersebut membebankan pengguna.

“Sekiranya siasatan kita mendapati kenaikan harga itu tidak munasabah dan berlaku pencatutan berdasarkan dokumen pembelian di setiap rantaian tadi, maka mereka akan dikenakan tindakan di bawah AKHAP 2011,” katanya kepada pemberita selepas majlis Apresiasi Media Terengganu, malam tadi, lapor Bernama.

Menurutnya, lebih 2,200 pegawai penguat kuasa dengan dibantu kira-kira 1,000 pegawai pemantau harga (PPH) akan memantau aktiviti perniagaan di bazar Ramadan seluruh negara tahun ini.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan