29 C
Kuala Lumpur
Monday, November 28, 2022

Bot penambang KPLB buat penduduk Pulau Tuba, Dayang Bunting

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan RM671 ribu bagi menyediakan perkhidmatan dua buah bot penambang buat penduduk Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting di Langkawi, Kedah.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkhidmatan bot itu dikendalikan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba Dan Selat Berhad (KOPTUBAS) sejak pertengahan tahun lalu.

“Kita amat memahami kepayahan yang dialami oleh penduduk di dua buah pulau tersebut sejak sekian lama.

“Justeru kita mencari jalan penyelesaian menerusi inisiatif perkhidmatan bot penambang untuk kegunaan penduduk di Pilau Tuba dan juga Pulau Dayang Bunting berulang-alik.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media selepas menyempurnakan majlis ringkas perasmian bot penambang itu di Jeti Pelancongan Langkawi dekat Pekan Rabu, Kedah, hari ini.

Tambah Mahdzir, perbelanjaan perolehan dua buah bot berkenaan dibuat menerusi peruntukan di bawah Program Desa Lestari KPLB.

Baca juga:   Najib kemuka empat cadangan kurangkan kes jangkitan Covid-19

“Perkhidmatan bot penambang yang diberi nama BesTUBA itu akan memberi manfaat kepada kira-kira lima ribu penduduk di dua buah pulau berkenaan.

“Setiap bot mampu memuatkan sehingga 30 penumpang pada satu-satu masa dan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh perjalanan sehari.

“Saya berharap selain memudahkan urusan penduduk di pulau terbabit, perkhidmatan bot itu juga mampu menjana pulangan ekonomi kepada pihak koperasi menerusi perkhidmatan sewaan kepada pelancong-pelancong yang berkunjung ke Langkawi,” kata Mahdzir.

Baca juga:   Perhilitan serbu kedai jual daging buaya di Melaka

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan

SEORANG remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan...

Lagi Artikel Berkaitan