24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Taiping Mall antara empat PPV dibuka untuk dos penggalak

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH sebuah syarikat pembekalan perubatan, Aeromedical Global (M) Sdn Bhd (AMG) mewujudkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi mendapatkan dos penggalak COVID-19 inisiatif yang baik dalam usaha meningkatkan kadar penerima pelalian.

Terbaharu, Pusat beli-belah Taiping Mall antara empat pusat pemberian vaksin (PPV) yang dibuka syarikat berkenaan bagi pemberian dos penggalak kepada warga di daerah itu dan sekitarnya dan telahpun bermula semalam.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AMG Kamarollzaman Mohd Isa berkata tiga lagi PPV berskala besar adalah PPV Marina Island Pangkor, Lumut; PPV Dewan Silveritage, Ipoh dan PPV Dewan Seri Mercu, Kuala Kangsar.

Beliau berkata PPV yang terletak di Tingkat 3 Taiping Mall itu mampu memberi minimum 1,000 dos sehari.

Advertisements

“PPV di Taiping Mall dibuka dengan kerjasama Poliklinik Tambun, Ipoh, telah memulakan operasi bagi pemberian dos penggalak kepada warga di daerah Taiping.

“PPV ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum dari 9 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarollzaman berkata, PPV kendalian AMG sedia menerima mereka yang datang secara terus dan tidak perlu menunggu janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan