25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

HCTM bakal wujudkan wad PDRM, dijangka siap 2023

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LANGKAH Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mewujudkan Wad Polis Diraja Malaysia di pusat perubatan itu dalam masa terdekat memberi lembaran baharu buat UKM kepada PDRM.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berkata, idea mewujudkan Wad PDRM @ HCTM adalah hasil daripada pertemuan antara pengurusan tertinggi UKM dengan PDRM pada tahun lalu.

“PDRM merupakan antara anggota keselamatan utama negara yang berhadapan dengan risiko yang tinggi.

“Justeru itu, UKM tampil menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada PDRM dengan menyediakan wad ini untuk keselesaan anggota,” katanya ketika menyampaikan ucapan semasa Lawatan Ketua Polis Negara dan Taklimat Wad PDRM @ HCTM, di sini hari ini, lapor Astro AWANI.

Delegasi PDRM ke UKM diketuai oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Jelas Dr Mohd Ekhwan lagi, kolaborasi antara PDRM dan UKM sudah lama terjalin melalui penawaran program diploma untuk pegawai kanan PDRM.

“Kemudian pada tahun 2005 dan 2017, kerjasama tersebut diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Kerjasama antara PDRM dengan UKM melalui penawaran Program Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan.

Advertisements

“Sehingga kini seramai 496 pegawai kanan PDRM telah menamatkan pengajian bagi kedua-dua program dengan jayanya,” katanya.

Sementara itu, Acryl Sani dalam ucapannya berkata, terima kasih kepada UKM, khususnya HCTM yang menghulurkan tangan untuk sama-sama membantu warga PDRM dengan penyediaan wad yang serba moden ini.

“Saya harap projek ini akan berjalan dengan lancar dan menepati sasaran masa yang telah kita tetapkan. Saya juga berharap agar kerjasama ini akan dapat dimantapkan dan diteruskan lagi di masa akan datang,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa jika wad itu direalisasikan, pihaknya akan menjadikan projek tersebut sebagai platform kepada perbincangan dengan hospital pembelajaran yang lain seperti Hospital Pembelajaran Universiti Putra Malaysia di Serdang dan Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.

Mengikut perancangan, Wad PDRM @ HCTM bakal menempatkan sebuah bilik rawatan VIP, empat buah bilik rawatan berdua, 11 ruang kubikel atau wad terbuka, ruang menunggu atau ruang tetamu dan ruang sokongan klinikal.

Ia dijadual siap pada Januari 2023 dengan anggaran kos sebanyak RM6.3 juta.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan