30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

20,939 kes baharu hari ini, 188 kes lagi VOC

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan COVID -19 terus melonjak melepasi angka 20,000 dengan 20,939 kes hari ini.

Dengan pertambahan kes baharu itu, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,996,361 kes.

Kali terakhir negara mencatatkan kes melepasi angka tersebut ialah pada 5 September tahun lalu dengan 20,396 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan pada laman Twitter memaklumkan, daripada jumlah tersebut, sebanyak 118 kes (0.56 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Manakala, sebanyak 20,821 kes (99.44 peratus) kategori satu dan dua.

“Berdasarkan pecahan kategori satu sebanyak 5,181 kes (24.74 peratus), kategori dua pula 15,640 kes (74.7 peratus), kategori tiga 95 kes (0.45 peratus), kategori empat 13 kes (0.06 peratus) dan kategori lima 10 kes (0.05 peratus)”, “katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebanyak 188 kes baharu Variant of Concern (VOC) telah dilaporkan daripada 9 Februari 2022 hingga 11 Februari 2022.

“Ia terdiri daripada 69 kes varian Delta dan 119 kes varian Omicron.

“Kesemua 188 kes baharu ini telah dikenalpasti oleh Institute for Medical Research (IMR).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 7,586 kes,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,566 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak; 6,504 kes varian Delta; 815 kes varian Omicron; 233 kes varian Beta; dan 14 kes varian Alpha.

“Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta; empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan