31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Saman 1MDB terhadap Najib, 7 individu lain ditangguh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menangguhkan prosiding saman sivil yang dikemukakan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap Datuk Seri Najib Razak dan tujuh individu lain sementara kes jenayah berkaitan 1MDB dihadapi bekas perdana menteri itu diputuskan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang ditemui selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Atan Mustaffa Yussof Ahmad.

Peguam itu berkata, dalam prosiding hari ini, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menangguhkan prosiding saman sivil berkenaan.

Perkara itu kemudian disahkan peguam Datuk DP Naban yang mewakili 1MDB dan empat anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited selaku plaintif.

Dalam saman itu, 1MDB menamakan Najib bekas Pengarah Kewangan 1MDB, Terrence Geh Choh Heng; bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan; bekas Pengarah Eksekutif Casey Tang Keng Chee; bekas Ketua Pengarah Pelaburan Vincent Beng; bekas Ketua Pegawai Operasi sebagai Radhi Mohamad; bekas Pengarah Pelaburan, Kelvin Tan Kay Jim; dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil.

Advertisements

Ia adalah salah satu daripada 22 saman sivil yang difailkan untuk menuntut lebih AS$23 bilion bagi pihak 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International terhadap beberapa individu yang didakwa terbabit dalam skandal kewangan itu.

Berdasarkan writ saman itu, kesemua plaintif antara lain mendakwa defendan telah melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan staturori, menyalahgunakan kuasa, berkonspirasi serta menyeleweng dana 1MDB.

Najib, 68, kini sedang dibicarakan atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan