32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

PRN Johor: BN dijangka berdepan kempen berbaur fitnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) dan UMNO dijangka berdepan kempen berbaur fitnah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

Dakwa, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi modus operandi sama dengan menjadikan pimpinan BN sebagai sasaran persepsi untuk menghasut rakyat kepada politik kebencian.

Presiden UMNO itu berkata, kempen sebegitu akan bergerak dengan full throttle untuk PRN Johor, kerana parti pesaing begitu terdesak untuk menyekat kemaraan BN.

“Daripada fitnah berhubung teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Genting Hong Kong, dadah sehingga kepada propaganda botol minuman.

“Percayalah itu cuma mukadimah. Tentunya rakyat khususnya bangsa Johor akan dihidangkan dengan lebih banyak fitnah dan propaganda jahat.

“Namun mungkin ada hikmah di sebaliknya kali ini kerana menjadi bukti nyata nilai politik sebenar mereka yang menghembuskan penipuan dan pembohongan.

Baca juga:   PRK Slim: BN menang besar, 'sapu' semua 56 saluran

“Rakyat kini dapat mengetahui dan memahami dengan lebih jelas yang mana intan atau kaca. Yang mana kebenaran dan yang mana kebatilan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, PRN Johor mungkin menjadi medan utama kepada parti pesaing untuk menyekat kebangkitan dan kemaraan BN.

“By hook or by crook” tanpa menghiraukan halal atau haram, sama seperti PRU-14 mereka akan berusaha menamatkan kemaraan BN.

“Bagi mereka BN bangkit di Johor bermaksud kebangkitan BN sudah tidak mampu dihalang. Justeru mereka akan lakukan apa sahaja.

Baca juga:   Perdana Menteri luang masa kunjungi Zahid di hospital

“Dan tidaklah mereka itu hirau tiada keberkatan menang dengan fitnah dan pembohongan. Lihatlah kekalutan pentadbiran mereka apabila diberi kuasa.

“Bagaimanapun muslihat mereka pastinya gagal sekiranya Bangsa Johor berbilang kaum dan agama bertekad untuk bermuafakat.

“Johor bermuafakat untuk mengembalikan kemakmuran, kesejahteraan dan kestabilan lalu yang telah dirampas oleh fitnah dan tipu daya pada 9 Mei 2018,” katanya.- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan