29.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023

Muhyiddin positif Covid-19, PM doakan segera sembuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disahkan positif Covid-19 hari ini.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu memaklumkan perkara berkenaan menerusi Facebook rasminya.

Menurut Muhyissin, beliau hanya mengalami gejala ringan dan berada dalam keadaan baik.

“Saya telah didapati positif Covid-19 pagi ini setelah membuat ujian Reaction Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR).

“Alhamdullillah, saya hanya mengalami gejala ringan dan dalam keadaan baik,” kongsinya hari ini.

Menurut Presiden Bersatu itu lagi, mengikut protokol Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Kepada sesiapa yang berkemungkinan menjadi kontak rapat saya, saya nasihatkan supaya mematuhi protokol yang ditetapkan oleh KKM.

“Mohon doakan kesihatan saya dan keluarga,” kongsi beliau.

Semalam, Muhyiddin telah mempengerusikan MPN yang turut dihadiri beberapa menteri Kabinet, tokoh-tokoh korporat dan beberapa individu lain.

Baca juga:   22,597 kes baharu harian, 252 kematian

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar Muhyiddin kembali sembuh.

“Didoakan agar Allah SWT memberi kesembuhan dan melindungi Tan Sri sekeluarga,” katanya dalam Facebook hari ini.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Doktor wanita rugi lebih RM90,000

SEORANG doktor wanita 'berputih mata' kerana mengalami kerugian RM94,001 akibat diperdaya sindiket ‘Love Scam’ selepas berkenalan dengan seorang lelaki...

Lagi Artikel Berkaitan