30.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

MITI beri jaminan tidak tutup sektor ekonomi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MANA-mana sektor ekonomi, terutamanya industri kecil dan sederhana (IKS) tidak akan ditutup, meskipun kes COVID-19 menunjukkan peningkatan mendadak.

Itu jaminan yang diberikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, ia mengambil kira kesan negatif terhadap ekonomi dan kadar pengangguran yang berlaku rentetan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada tahun 2020 lalu.

Beliau berkata, selari dengan keputusan kerajaan untuk tidak akan melaksanakan ‘total lockdown’, MITI akan turut memastikan kumpulan peniaga juga tidak akan berdepan impak ekonomi sehingga memaksa beberapa sektor perniagaan terpaksa gulung tikar.

“Ya, kerajaan umum takkan PKP kerana kesan kepada ekonomi dan pengangguran.

“Sebagai contoh pada awal 2020 ketika kita laksana total lockdown, kadar pengangguran negara meningkat kepada 5.3 peratus sehingga 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Baca juga:   Pendirian UMNO tidak tergelincir dari utamakan rakyat

“Kita tak boleh mengenakan total lockdown sekali lagi. Apa yang kita buat berdasarkan data dan sains, kita lebih bersasar.

“Sekiranya ada kenaikan, kita lebih menggunakan data dan sains untuk langkah langkah kawalan. Ini yang akan kita lakukan,” katanya, lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis makan malam Tahun Baharu Cina bersama pemain industri IKS di kawasan Tangkak, Pagoh, Muar di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Tangkak.

Mengulas lanjut, katanya, program vaksinasi termasuk program imunisasi industri COVID-19 kerjasama awam-swasta (Pikas) melibatkan hampir dua juta pekerja sektor pembuatan antara inisiatif yang dilakukan MITI dalam memastikan sektor ekonomi tidak lagi terjejas dengan wabak COVID-19.

Baca juga:   Harga minyak masak botol di peringkat peruncit menyusut

Katanya, ekonomi negara juga tidak lagi mampu menanggung impak pelaksanaan ‘total lockdown’ yang mengakibatkan kira-kira 826,000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan.

Katanya, jika terdapat kenaikan kes COVID-19 di beberapa kawasan, langkah kawalan yang akan diambil oleh kerajaan lebih bersasar berdasarkan data dan sains yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).- Edisi 9

Terkini

Fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil ditambah baik

KEMENTERIAN Kesihatan bersetuju menambah baik fasiliti di Klinik Kesihatan Dengkil di Sepang, Selangor bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk...

Lagi Artikel Berkaitan