24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Malaysia harap ada penyelesaian damai antara Ukraine, Rusia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyelesaian damai itu seterusnya diharap berjaya menyelesaikan konflik antara dua negara tersebut.

“Kerajaan dukacita dengan perkembangan yang berlaku di Ukraine. Keutamaan Kerajaan pada masa ini ialah memastikan Keluarga Malaysia di Ukraine berada dalam keadaan selamat.

“Kedutaan Besar Malaysia di Kiev kini berusaha memberikan perlindungan dan menyediakan tempat selamat untuk mereka sebelum dapat dibawa pulang ke Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Perdana Menteri lagi, terdapat 23 warga Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia dimana 12 orang telah pulang ke tanah air manakala 11 orang masih berada di sana.

Advertisements

“Malaysia berharap agar satu jalan penyelesaian damai yang terbaik di antara Ukraine dan Rusia dapat segera dicapai, seterusnya berjaya menyelesaikan konflik tersebut.

Sebelum ini media melaporkan, Russia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama dalam serangan awal bermula lewat pagi tadi.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba, menerusi ciapan Twitter berkata, perang Presiden Russia, Vladimir Putin, sudah bermula dan meminta bantuan dunia bagi menghentikannya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan