24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023

PM sifatkan lawatan sulungnya ke Kemboja berjaya

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan lawatan sulungnya ke Kemboja berjaya.

Menurut beliau, dalam pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya Hun Sen, pihaknya telah menyentuh isu sumber manusia khususnya membabitkan permintaan untuk pekerja domestik beragama Islam di Malaysia.

Beliau berkata, peluang pekerjaan seumpama itu boleh diisi oleh rakyat Kemboja berbangsa Champa kerana terdapat persamaan dari segi cara kerja dan agama dengan masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

“Hun Sen bersetuju dengan cadangan ini,” kata Perdana Menteri dalam sidang media di akhir lawatan rasmi dua harinya ke Kemboja hari ini.

Lawatan sulung Ismail Sabri sejak menjawat jawatan Perdana Menteri ke Kemboja itu adalah atas jemputan Hun Sen.

Beliau berkata, hal ehwal membabitkan masyarakat Islam Champa yang merupakan etnik minoriti di Kemboja turut dibincang dengan Menteri Kanan Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja, Datuk Dr Othsman Hassan.

Kata beliau,pelbagai bentuk bantuan telah disampaikan oleh kerajaan dan masyarakat Malaysia dan ini akan diteruskan untuk membantu masyarakat Islam Champa dari segi pendidikan dan pekerjaan.

Baca juga:   KRC bakal ubah nasib 73,642 pekebun kecil getah di Kedah

Perdana Menteri berkata, Malaysia turut mengalu-alukan pembukaan sempadan antarabangsa Kemboja dan pada masa yang sama memaklumkan tentang status pembukaan sempadan Malaysia akan juga dibuka dalam masa terdekat.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Malaysia turut menawarkan bantuan kepada Kemboja bagi membangunkan aplikasi yang membantu mengurus COVID-19 di peringkat kebangsaan seperti MySejahtera.

Baca juga:   MARA Corp laksana inisiatif wujudkan 2,000 peluang pekerjaan

Katanya, cadangan tersebut diterima baik oleh pihak Kemboja.

Malaysia juga, tambah beliau, berhasrat untuk bekerjasama dengan Kemboja dalam bidang-bidang baharu seperti Fintech, keselamatan siber dan teknologi maklumat.

“Pelabur Malaysia dan Kemboja digalakkan melaksanakan kolaborasi dalam sektor baharu yang berpotensi seperti industri halal dan perniagaan ‘startups’ yang boleh diperkembangkan.

“Pelabur Malaysia dipelawa terlibat secara langsung dalam industri pemprosesan beras di Kemboja,” kata beliau.

Setelah melawat Kemboja, Perdana Menteri berlepas pula ke Bangkok bagi meneruskan lawatan sulungnya ke Thailand. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Bayi tak sedarkan diri di pusat asuhan disahkan meninggal dunia

SEORANG bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika berada di pusat asuhan di Seksyen...

Lagi Artikel Berkaitan