24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Khairy nasihat isi borang HAT MySejahtera jika positif Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDIVIDU yang disahkan positif Covid-19 atau kontak rapat dinasihat mengisi borang penilaian kendiri (Health Assessment Tool – HAT) pada aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkongsikan nasihat berkenaan kepada orang awam menerusi satu hantaran video dalam Facebooknya.

Menurut Khairy, sekiranya disahkan positif kontak rapat atau kontak kasual, orang ramai akan menerima notifikasi pada pautan Things To Do pada aplikasi MySejahtera.

“Pada pautan itu, anda boleh mengemas kini gejala yang dialami dan sentiasalah pantau gejala serta tahap kesihatan masing-masing setiap hari.

“Jika gelaja bertambah serius seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera makan, sila hubungi atau terus segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya, hari ini.

Khairy berkata, ketika ini, semakin ramai saudara dan kenalan yang telah dan sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat tanpa mempunyai gejala serius.

Advertisements

Menurutnya, semua orang perlu berwaspada dan segera melakukan ujian Covid-19 jika mempunyai sebarang gejala bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

Melalui HAT, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh memantau keadaan semasa anda dan memberikan panduan tentang langkah seterusnya yang perlu diambil.

Semalam, negara merekodkan 27,179 kes jangkitan Covid-19 dengan 172 kes atau 0.63 peratus daripadanya melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Manakala, baki sebanyak 27,007 kes atau 99.37 peratus adalah kategori satu dan dua menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 3,273,958 kes.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan