24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Empat sekeluarga maut nahas dua kenderaan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

EMPAT sekeluarga maut termasuk dua kanak-kanak dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Lebuh Raya Sultan Iskandar, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa yang menaiki MPV Hyundai Starex dirempuh pikap Toyota Hilux yang dipercayai hilang kawalan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 10.52 pagi.

“Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Sri Hartamas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Advertisements

“Setiba di lokasi anggota melakukan kerja-kerja menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan lagi, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai P Milan Damani, 32; C Thinisha, 31, dan dua kanak-kanak lelaki D Ishaan Ivaan, 3, serta D Rihaan Ivaan, 4.

“Sementara itu pemandu Toyota Hilux mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan