28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anggota JPJ maut kejar motosikal lari sekatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maut selepas terlibat kemalangan ketika mengejar seorang penunggang motosikal dipercayai melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak di sini, hari ini.

Sebelum kejadian kira-kira 10 pagi itu, Muhammad Azizi Azizan, 30-an, dikatakan sedang meronda bersama beberapa anggota lain dengan menunggang motosikal di lokasi sekitar tol berkenaan.

Menurut sumber, mangsa ditugaskan untuk menghalang mana-mana pengguna jalan raya yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di SJR tersebut.

“Mangsa dipercayai mengejar seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 125Z sejauh kira-kira lima kilometer sebelum motosikalnya bertembung dengan kereta jenis Toyota Vios.

“Anggota JPJ terbabit yang berusia lingkungan 30-an itu kemudian disahkan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.

“Susulan itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, mengesahkan kejadian itu namun maklumat terperinci kejadian masih dalam siasatan.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan