27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Rumah bandar raya: PM teruskan agenda BN yang tergendala

Mesti Baca

LANGKAH kerajaan memperkenalkan Pakej Kesejahteraan Keluarga Malaysia Kuala Lumpur (PKKMKL) dengan mewujudkan 5,000 unit rumah bandar raya (council home) merupakan satu kesinambungan agenda Barisan Nasional (BN) yang tergendala.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, ini kerana inisiatif mewujudkan rumah bandar raya untuk disewa kepada warga kota yang layak pernah dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Beliau berkata, ketika itu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjawat jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dan kerajaan telah membina 1,200 unit rumah bandar raya di Kampung Sungai Udang, Segambut.

“Saya masih teringat, ketika itu menjawat Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan diberi tanggungjawab untuk menganjurkan program libat urus bersama pertubuhan belia, pemimpin dan anak-anak muda di Bandar Tun Razak.

“Program ini bertujuan mendapatkan maklum balas dengan topik ‘Apa yang orang muda Wilayah Persekutuan inginkan?’ Salah satunya ialah rumah mampu milik,” katanya hari ini.

Gulam berkata, hasil kupasan dan sesi libat urus itu telah dibawa kepada Tengku Adnan agar membina rumah bandar raya untuk pasangan muda yang baharu berkahwin.

Najib Razak bersama Tengku Adnan Tengku Mansor ketika majlis pecah tanah projek perumahan bandar raya di Sungai Udang, Segambut pada 2017.

Katanya, konsep rumah tersebut diberikan dengan skim sewaan dan simpanan sebanyak RM800 yang mana RM300 adalah dalam bentuk simpanan untuk membolehkan mereka memberi rumah sendiri selepas lima tahun.

“Ini idea dan konsep daripada Pemuda (UMNO) Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Datuk Mohd Razlan Rafii ketika itu.

“Alhamdullilah kini cadangan yang tergendala di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) disambung semula. Yang cantiknya cadangan yang datang daripada rakyat bawahan diberi perhatian pemimpin utama ketika itu,” katanya.

Malam tadi, ketika majlis Ulang Tahun Ke-50 Bandar Raya Kuala Lumpur, Perdana Menteri mengumumkan PKKMKL bagi meningkatkan kualiti kehidupan warga kota dan penyampaian perkhidmatan yang pantas secara dalam talian.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ialah membina 5,000 unit rumah bandar raya untuk disewa kepada warga kota dengan keluasan minimum 740 kaki persegi.

Pada April 2017, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah merasmikan majlis pecah tanah Pangsapuri Banda Raya di Sungai Udang Segambut.

Projek sebuah adalah inisiatif kerajaan Persekutuan bagi membantu rakyat daripada golongan M40 dan B40 – golongan belia dan yang layak memohon iaitu yang berpendapatan di bawah RM10 ribu sebulan – agar mempunyai tempat kediaman sendiri yang selesa.

“Projek perumahan tersebut mempunyai 1,251 unit apartmen dengan dua blok setinggi 32 tingkat dan satu blok setinggi 34 tingkat. Setiap unit apartmen berkeluasan 807 kaki persegi dan mempunyai tiga bilik dan dua bilik air,” seperti dilapor dalam Najibrazak.com

Selain itu, projek perumahan ini juga akan mempunyai kelengkapan seperti surau, dewan, kolam renang dan pelbagai lagi fasiliti buat keselesaaan penduduk. – Edisi 9

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan