24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

3 pemburu haram bersenjata dicekup di hutan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN tiga individu untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa gagal selepas mereka dicekup Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menerusi operasi khas yang dilaksanakan kelmarin.

Berikutan penahanan suspek di dalam kawasan hutan simpan terletak di Selangor itu, akhirnya membongkar kegiatan mereka dalam jenayah pemburuan haram selama ini.

Menurut kenyataan agensi itu, dalam operasi berkenaan mereka turut mendapat bantuan daripada pasukan veteran Angkatan Tentera Malaysia dan Orang Asli untuk menahan individu terbabit.

“Serbuan telah dilancarkan ke atas sebuah ran yang dibina secara haram di hutan simpan itu dan hasilnya, tiga orang kemudian berjaya ditahan dalam operasi tersebut,” kata Perhilitan.

Katanya, beberapa bahagian hidupan liar disyaki kijang juga dirampas selain selaras senapang, empat bilah parang dan sebilah kapak dimiliki suspek.

“Kesemua pemburu haram tersebut dan barang yang disita oleh Perhilitan itu seterusnya dibawa ke sebuah balai polis berhampiran untuk proses penyiasatan dan tindakan selanjutnya.

Advertisements

“Kegiatan jenayah itu boleh didakwa di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana melakukan kes pencerobohan, perburuan dan pemerdagangan sumber khazanah negara.

“Sekiranya disabitkan kesalahan di mahkamah, pelakunya itu bakal dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau pun kedua-duanya sekali,” katanya.

Menurut Perhilitan, berdasarkan rekod sepanjang tahun lalu, seramai 133 pesalah hidupan liar telah ditahan dengan 121 individu daripada keseluruhan angka tersebut merupakan penduduk tempatan.

Ia hasil kejayaan Operasi Bersepadu Khazanah yang merupakan sebahagian daripada Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti dengan nilai rampasan berjumlah RM31.9 juta.

Sebanyak 303 jerat haram turut dimusnahkan pasukan berkenaan manakala 59 khemah dikesan menerusi pelaksanaan operasi tersebut di seluruh Semenanjung pada tahun lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan