32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Senoi Praaq bantu jejak ‘pak belang’ di Pos Bihai

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 29 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak akan membantu penugasan mengesan serta mengawal harimau belang yang berkeliaran sekitar Pos Bihai di Gua Musang, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata seramai 19 anggota akan mula melaporkan diri pada 19 Januari ini dan selebihnya akan menyusul dalam masa terdekat.

Menurut beliau, pihaknya menerima permohonan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi membantu untuk mengawal dan mengesan harimau di Gua Musang.

“Anggota sudah hadir taklimat bersama ketua polis daerah Gua Musang dan agensi berkaitan untuk agihkan penugasan.

“Penugasan anggota Senoi Praaq yang lebih mahir dengan keadaan hutan itu juga membabitkan pergerakan masyarakat Orang Asli di perkampungan itu bagi mengelakkan menghampiri kawasan berisiko,” katanya kepada media hari ini.

Anggota Senoi Praaq

Shafien berkata, anggota polis dari Kontinjen Kelantan juga akan bersama dalam penugasan itu dan akan ditempatkan di luar kawasan hutan iaitu sepanjang jalan ke perkampungan berkenaan.

“Selagi usaha belum selesai, kita tak benarkan orang kampung keluar ke hutan dan saya difahamkan bekalan makanan untuk mereka akan dihantar oleh agensi berkaitan,” katanya.

Dalam kejadian 7 Januari (Jumaat) lalu, seorang lelaki Orang Asli maut dibaham harimau di Kampung Sau dekat Pos Bihai.

Mangsa, Anek Along maut diserang ketika sedang menumbuk padi huma bersama anak perempuannya di belakang rumah jam 9.10 pagi.

Susulan kejadian itu, sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 SK Bihai, secara bersemuka yang sepatutnya bermula kelmarin, terpaksa ditangguhkan berikutan mengalami ancaman serangan harimau.

Selepas SK Bihai, SK Balar pula diancam binatang buas berkenaan.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan